$$

Tuesday, May 4, 2010

Farewell Party E-lit 2007-2010

3 taun berlalu begitu saja
saat ini adalah penghujungnya
rasa baru semalam saya menjejakan kaki di ukm
rasa baru semalam saya menggedol beg yang berat
naik ke tingkat 5 hostel kkm

keletihan ini pun tidak hilang lagi
kali ini saya menggendol beg dan barang-barang untuk di bawa balik ke sarawak
bayangkan bagaimana saya datang dengan barang yang banyak
begitu juga saya balik dengan yang lebih berlipat ganda

pahit manis yang saya kutip di sini
akan saya abadikan di dalam log book of my life
setiap perjalanan menemukan kita di satu tempat
begitu juga ia akan memisahkan kita ke tempat lain

perjalanan yang di mulakan dengan pertemukan
akan di akhiri dengan perpisahan
sepahit dan semanis mana perjalanan hidup kita
apa yang pasti ia meninggalkan kenangan di hati kita

kenangan itu satu pengalaman
pengalaman itu satu kehidupan
kehidupan itu satu perjalanan
perjalanan itu satu kebahagiaan

hari ini, ya pada hari ini
sedih, gembira berbunga di hati
walaupun tidak banyak yang datang untuk parti perpisahan ini
namun tadi pukul 4-6pm di bilik mesyuarat meninggalkan kenangan di hati ini

apabila lectures memberikan ucapan
tersentuh benar rasanya, bagaimana mereka mendidik dan menyumbangkan ilmu
sungguh dari dulu saya tidak suka akhir semester
masa zaman sekolah pun saya tidak suka masa akhir tahun
sedih................juga gembira *kerana bebas dari tesis*hehe


terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian yang bertungkus lumus
menyediakan persiapan party ini
walaupun simple, yang sedihnya tidak semua coursemates datang
walaupun apa pun saya mendoakan semua menjalani kehidupan dengan baik-baik

saya memohon maaf andai sepanjang tiga tahun kita bersama
pernah melukakan hati, terkasar bahasa
tidak di nafikan semasa permentasan teater dulu ada yang bercanggah, berbalah
namun itu semua adalah kenangan yang paling indah sekali sebenarnya
benarlah kata Dr.Noraini, moment itu akan manjadi salah satu yang tidak dapat kita semua lupakan........

terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah yang datang tadi
walaupun banyak yang tidak datang kerana demam
semoga they will get well soon :)
layanlah gambar-gambar kerana gambar adalah *bukti kejadian*
tahu tak? camhowring is the best things to do! kerana kita tidak guna kodak lagi.haha






till then, hug and smile.

No comments:

Post a Comment