Pernahkah anda terluka?
Melukai orang ? atau dilukai
Dalam tiga kategori itu..[di lukai] paling sakit
Sakit.dan.sangat sakit.
Saat aku memijak gelas kaca itu sehingga terputus dua
Darah mengalir laju seperti aliran sungai Batang Rajang
K.e.s.a.k.i.t.a.n tidak terasa bila sudah memang sedia sakit
Hanya terasa kebas sahaja
Bila darah berharga keluar walau setitik dua
Namun kerana betapa penting darah dalam badan
Aku rasa dunia gelap seketika
Tatkala memerhatikan darah di kaki ku menitis satu persatu
Duduk, aku ingin duduk
Kakak mengambilkan kerusi
Sambil membalut luka tadi dengan balutan
Kecoh di sekeliling tidak ku dengari kerana dunia hitam seketika.
|
kek hari bapa: Happy Father's Day daddy |
Petang itu, sekembali membeli kek Hari Bapa dan wain
Ingatkan nak buat suprise untuk Dady
Tapi inilah yang tersurat bila yang dirancang tidak menjadi yang sepatutnya
Kan Tuhan Maha mengetahui segalanya
Sesudah mengeluarkan gelas dari almari, aku terlupa
Bagaimana boleh terlupa aku tadi meletakkan di situ
Balik-balik ke situ
“chshshhs” bunyi gelas kaca terbelah dua di pijak oleh kaki ku yang mulus
Saat itu
Saat itu rasa sakit kali pertama kaca tercucuk kedalam kaki kanan ku...
Ah, pedih...perit..kacau bilau...bising rumahku....
Dengan kadar segera, setelah kaki ku di balut
Mumy kata pergi ER.
Aku rasa aku tidak dapat jalan, nasib baik aku kecik
Adikku terpaksa mengangkatku untuk turun dari tangga ke kereta dalam kadar seberapa segera
Dalam kereta, aku tidak rasa pening atau mual seperti ketika mula-mula tadi
Malah aku sempat berkata “macam-macam”
Sempat ketawa
Rasa dah tidak sakit lagi tatkala melihat wajah ibu yang risau tahap gaban
Mengelarkan diri si capik “mak aku nyadi si capik....heeheee”-nakal kan
Sesampai di ER, Sibu sarawak
Ok, sakit hati ada, geli hati pun ada
Pernahkah anda merasa “handicap”
Duduk di kerusi roda while every eyes is watching at you and curious to know
“what happen??”
I feel ashamed and pity when they start looking towards me like i’m a murderer or i did something very bad/cruel
Sakit hati sebab-saya tunggu lama walaupun mereka lihat yang kaki saya berbalut dan berdarah
Mereka peduli apa bukan besar pun lukanya
Tapi sakit tau tak!! Apalah guna nama Emergency Room (ER) bila pesakit tidak di layan dalam kadar seberapa pantas
I’m not blaming anybody, adakah simbol a/k memang bermaksud “anda kemudian”
If you in my shoes, i can guarantee you feel the same
Ok, saya nak mengata kakitangan kerajaan memberikan layanan kureng (sori sebab saya rasa marah)
Lama baru la my turn
Itupun luka saya dah tak nak berdarah lagi tau tak!!!
|
inilah keadaan luka pada hari pertama:jangan tengok kalau geli |
Mula-mula dia bagi injektion-inilah paling saya tak suka-suntik2...sakitlah
Masa dressa/pembantu perubatan tu bagi iodin...
Dah la sakit tu memang ada, di tambah garam lagi (anda dapat bayangkan bagaimana rasanya)-Quote: connie remong-
Saya sempat menjerit “mumy!!”
Lepas tu doktor sampai
Dia tanya “are you Fu-chow”-dr. tu speaking kat aku
“nope”-aku balas
He ask again “u want to cut or sew it” if sew it, your skin become not beautiful. Ada parut.better just cut it off, i’m sure new skin will replace the die skin”
Without thinking i reply ok no problem just cut it...masa dia potong aduh (sempat saya nasihatkan “cut it carefully)..rasa jantung gugur ke bumi (hyperbole..la sangat)
Saya jerit lagi mumy tau tak!!
Dressa tu kata, “dah ndai nyak mumy2 gik, dah ambis..manja mai”-dalam hati “baru di nemu”
Then dia balut, ok, tunggu ambik ubat lagi
Sebab saya tak nak rasa kurang upaya duduk di kerusi beroda itu saya pun angkat
Sanggup saya berjalan sebelah kaki tanpa ada selipar
Sebab selipar saya yang sebelah lagi tinggal di kereta
Saya rela
Daripada duduk di kerusi itu
Saya tak sanggup!
Lama untuk luka sekecil itu untuk sembuh
Saya bernasib baik sebab kaca itu tidak memutuskan 3 urat di kaki saya
Doktor kata sikit lagi kena urat
Saya tak tahu berapa lagi sikit itu
Nasib baik malaikat melindungi
Jika tidak tentu lebih payah untuk sembuh
Namun saya tidak kata luka boleh sembuh begitu cepat
Pada hari kedua dan ketiga dan seterusnya kesakitan masih terasa
Ini luka yang kita nampak
Bagaimana dengan luka di hati yang kita tidak nampak??
“it’s keep keep bleeding, and bleeding”
Ini lagi payah untuk sembuh, sebab-ianya tidak di suntik, di beri iodin, tidak potong isi yang tidak berguna-malah kedalaman luka itu pun kita tak nampak
Bila ada luka kena hati-hati tidak boleh kena air-tidak boleh makan itu ini
Nanti kalau luka melarat bernanah itu lagi payah-payah untuk dirawat
|
sebelum bersalin kulit baru kenalah ada satu lapisan macam ini |
3 minggu mungkin juga tidak cukup masa untuk sembuh pun
Malah makin mahu sembuh masih ada lapisan baru
Betul la hanya masa yang berkuasa untuk menyembuhkan
Tapi apakah sembuh sepenuhnya?
Atau masih bersisa parut yang tinggal
Aku merasakan mungkin begitulah juga luka yang di namakan “sakit hati”
Sakit yang kita tidak nampak adalah terbukti lebih teruk dari yang kita nampak dari mata kasar
Walau apa pun itu kan semua lumrah.
Tapi kes saya di atas adalah “malang tidak berbau”
Sebab malang kan selalu mandi, macam mana malang nak berbau..kan.logik juga
Syukurlah sekarang beransur pulih kembali
|
hampir sembuh sudah, harap2 tidak berparut |
P/s: Jika anda pernah melukai orang, ingatlah seperti Rossa kata: “Hati yang kau lukai.”
Maaflah saya bukan bagi nasihat atau menghakimi sapa-sapa di sini, Cuma apa yang saya lalui semasa kaki saya tersusuk kaca.lalu saya kaitkan dengan sakit hati yang dilukai lebih kurang sama rasa macam kaki saya itu kot.kepada pembaca salam hormat dan sejahtera.