$$

Monday, May 12, 2014

petua merawat cirit-birit bayi

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:

Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya?

Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam.

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz31WSFOd00

No comments:

Post a Comment