$$

Friday, April 30, 2010

Jalan-jalan cari makan

discover food
here at Hentian Kajang
Shakers kedai ane ( abang mamak India)
sedap tidak terkata!!!

i started discover the food
when Flo invite me to go to Shakers
one day, after our driving lesson
1st time i refuse to go because felt very tired
but then, she persuade and promote that i never be regret to the taste the food
yes!!!yes!!! it is T.R.U.E *muka bersungguh-sungguh promote*

so, i decide to go and why not try one
ha, bila dah cuba baru tahu
tidak kenal maka tidak cinta
pepatah kata

kepada sesiapa yang tinggal berhampiran bangi dan kajang
marilah cuba menu ini
saya jamin ia cukup sedap
tambahan lagi harga memang berbaloi

Jika nak tahu
Pecel lele ini di jual dengan harga rm4-rm5
pecel ikan berharga rm4 manakala pecel ayam rm5
berbaloi memang berbaloi
nah di sini saya sertakan gambar-gambarnya sekali
"sekali cuba nak lagi"

ini pecel ayam=rm4
apa yang istimewa
adalah sambalnyer
yang SEDAP!


Ini pecel ikan keli=rm4
ianya ranggup dan garing



ini nasi dia
selalunya orang akan tambah nasi

p/s: jangan lupa untuk mencuba.




selamat menyambut hari pekerja

1 Mei 2010
bersempena dengan hari pekerja sedunia
untuk yang sudah bekerja
Selamat Menyambut Hari Pekerja
semoga dapat meluangkan masa
bersama-sama keluarga pada hari ini.

Kepada keluarga tercinta
Jasamu sebagai pekerja
menyumbangkan bakti kepada negara
dan juga bangsa
malangnya hari pekerja hari ini
jatuh pada hari sabtu
tak ada maknanya
seolah-olah tiada la bercuti
hehe

kepada rakan-rakan yang sudah dan sedang bekerja
selamat beristirehat di hujung minggu
ambil lah masa mengurangkan tekanan
supaya hari isnin nanti dapat menyumbangkan
produktiviti yang berkesan.

P/s: Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca yang bekerja.

Thursday, April 29, 2010

kegagalan

tiada siapa sanggup menerima kegagalan
kerana itu sangat payah
namun gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
agi idup agi ngelaban (selagi kita hidup, selagi itu kita berusaha!)

kata orang :cakap senang buat susah. Betul. saya setuju.
mana-mana jiwa pun akan rapuh menerima kegagalan
hati yang menggunung mengharapkan kejayaan
akhirnya kendur di sapa kegagalan

Bukankah salahku, bukan juga salahmu
kita merancang tapi tidak selalu yang kita rancang akan terancang
selalunya out of expectation
kenapa? kerana itu lah wujudnya suprise!

namun suprise bukan nya jahat, bukan juga tergolong baik
adakah dalam lingkungan in-between-ness?
ini bukan cerita diaspora
namun cerita kegagalan

hati ini terlalu kecil, sekecil badan juga rasanya
untuk menampung, satu persatu kegagalan menimpa
kerana perancangan yang menjadi bandar yang tidak terancang
teringat geograpy, jika bandar tidak terancang maka akan mengakibatkan
banjir kilat (metaphor)
begitu juga dengan kehidupan

apalah merepek, baik buat kerepek
bosan membuat kerepak, baik aku merepek
malas membaca nota ujian terakhir (last paper)
bukan jiwaku itu politik

sehingga bertemu kembali
di waktu dan masa yang sama.
cekikdaud.

Tuesday, April 27, 2010

What I believe.

apa yang saya percaya
ada 4 perkara
ajal,maut,jodoh, rezeki
adalah di tangan-Nya
andai Dia takdirkan begitu
itulah yang sudah tertulis
apapun keputusanNya
kita hamba yang hina kena terima.

terima kasih Tuhan di atas segala berkat
dugaan dan cabaran sebahagian daripada hidup
jika tiada liku maka jalan itu boring
liku-liku hidup
yang perlu di lalui semua orang.

Wednesday, April 21, 2010

The road not taken=dilemma

salah satu poem yang paling aku suka..."The road not taken" by Robert Frost
sudah jiwaku literature, hidupku juga seumpama itu
dalam masa seminggu hidupku tidak tenteram memikir aku harus atau tidak harus
namun kerjaya itu adalah minatku
dari kecil sehingga sekarang
aku selalu bercita-cita itulah yang akan aku jadi
sekarang peluang di depan mata
namun begitu banyak bongkah kayu terpaksa aku lalui
untuk sampai ke depan
malah aku akan mengharungi laut cina selatan
bak orang yang tengah hangat bercinta
lautan berapi sanggup aku redahi
aku kumpulkan segala kekuatan
namun ada masa aku down
menyusun apa yang aku tidak mampu
aku putuskan untuk tidak
namun terima kasih "aba"=dady
kalau dia tidak memberi semangat
aku pasti sudah tiada kekuatan
terima kasih, aba n kakak
yang memberi semangat yang membina
dady say "don't think about money. think about your future, you're lucky you are selected among all of them" "you get it or not, itu lain kira kemudian"
wah....tersentunya aku
aku janji aku akan membuat yang terbaik.do pray for me :)


nervous...so many things happen. 23hb ni satu lagi ujian.i'll do my best!!God Bless.
thank u to all friends who giving support and helping me. i'll not forget that.till then, hug and smile :)

Tuesday, April 13, 2010

ugly truth

knowing the truth is ugly
when u putting 100% trust
someone betray that trust
it's painful to swallow
just like bitter-gourd

it's better for u to unknow
keep the dirty laundry in the machine
spinning it away and away
i hate that ugly truth!

Friday, April 9, 2010

kelemahan saya

Apakah kelemahan anda yang paling anda tidak dapat elak?
saya...
  • Bila saya naik lif-saya takut tersepit oleh pintu lif itew dan terkandas mana la tau tiba-tiba lif rosak (macam yang selalu saya tengok dekat filem-filem, mak ai seram), oleh itu saya seboleh-bolehnya elakkan naik lif jika saya seorang diri. kalau tingkat satu atau dua tidak apa. tapi kalau setinggi menara KLCC takkan saya nak naik tangga juga? haish...mampuslah alamatnya

  • Gayat- apabila saya menaiki tempat tinggi seperti dalam lif, menaiki Bukit Broga (janganlah suruh saya tengok bawah, kaku kaki saya dibuatnya)...simptom saya apabila saya gayat, saya akan mudah uwekkkk (ciss pengotor!) muntah...tak dapat kawal owh, semulajadi itew

  • memang saya akui saya tidak suka tempat tinggi- bila saya naik kapal terbang-itew merupakan hari yang paling nervous buat saya...berada di awangan..mak ai macam terkeluar jantung ada juga terutamanya masa kapal terbang hendak landing.

  • paling lucu-kerana ketakutan semulajadi itu, saya kebas bila memandu di atas bukit-pertama sekali saya takut terbang- kedua saya takut berundur ke belakang! eh, bencinya! macam mana saya nak dapat lesen macam ni? entahlah labu

harap-harap saya dapat mengatasi masalah kegayatan ini...selepas ini saya nak membuat terjunan payung! haha...itu lagilah..terkeluar biji mata. apa pun saya percaya setiap orang ada rasa "takut" itu. itukan semula jadi tapi semoga saya dapat mengatasinya.