$$
Monday, February 3, 2014
Indahnya perkahwinan
http://stayreward.com/index.php?share=98828.Jika anda rasa perkahwinan anda indah silalah menekan link tersebut untuk membantu yang memerlukan.
Monday, January 27, 2014
10 Good Ways to 'Tell Me About Yourself'
You know it’s coming.
It’s the most feared question during any job interview: Do you think I would look good in a cowboy hat?
Just kidding. The real question is: Can you tell me about yourself?
Blecch. What a boring, vague, open-ended question. Who likes answering that?
I know. I’m with you. But unfortunately, hiring managers and executive recruiters ask the question. Even if you’re not interviewing and you’re out networking in the community — you need to be ready to hear it and answer it. At all times.
Now, before I share a list of 10 memorable answers, consider the two essential elements behind the answers:
The medium is the message. The interviewer cares less about your answer to this question and more about the confidence, enthusiasm and passion with which you answer it.
The speed of the response is the response. The biggest mistake you could make is pausing, stalling or fumbling at the onset of your answer, thus demonstrating a lack of self-awareness and self-esteem.
Next time you’re faced with the dreaded, “Tell me about yourself…” question, try these:
- “I can summarize who I am in three words.” Grabs their attention immediately. Demonstrates your ability to be concise, creative and compelling.
- “The quotation I live my life by is…” Proves that personal development is an essential part of your growth plan. Also shows your ability to motivate yourself.
- “My personal philosophy is…” Companies hire athletes – not shortstops. This line indicates your position as a thinker, not just an employee.
- “People who know me best say that I’m…” This response offers insight into your own level of self-awareness.
- “Well, I googled myself this morning, and here’s what I found…” Tech-savvy, fun, cool people would say this. Unexpected and memorable.
- “My passion is…” People don’t care what you do – people care who you are. And what you’re passionate about is who you are. Plus, passion unearths enthusiasm.
- “When I was seven years old, I always wanted to be…” An answer like this shows that you’ve been preparing for this job your whole life, not just the night before.
- “If Hollywood made a move about my life, it would be called…” Engaging, interesting and entertaining.
- “Can I show you, instead of tell you?” Then, pull something out of your pocket that represents who you are. Who could resist this answer? Who could forget this answer?
- “The compliment people give me most frequently is…” Almost like a testimonial, this response also indicates self-awareness and openness to feedback.
Monday, July 8, 2013
Lembaran 2013 baru bermula
Hello,
Lamanya dia
meng-up-date pasal diri sendiri dalam blog ni. Mentang-mentanglah dah kerja
sememangnya tiada masa.
Namun sekarang
tengah dap..dap..dup..dup menghitung hari menanti kelahiran my 1st
baby girl expected.
![]() |
| baby is coming soon |
Tapi bezanya,
kita bercuti gaji tetap jalan…
Bila tengok
pakaian baby dalam almari perasaan excited to parenthood life menjadi
bertambah-tambah tidak sabar. Macam orang lain tidak sabar juga hendak tayang
gambar anak pula di FB..huhu
Yang bestnya
baby ini juga sama tahun dengan anak Putera William (The Duch & Duchess of
England) the royal family yang saya minat sangat-sangat gitu….
![]() |
| si comel mumy will arrive to this world |
Ok, setakat ini
dulu,ada lembaran hari-hari esok akan terpena disini esok lusa
Cekikdaud..
Tuesday, October 2, 2012
Bajet 2013...apa kata anda?
Kalau saya pembentangan Bajet 2013 amat memberansangkan, sebab yang paling penting semua pihak mempunyai keuntungan masing-masing. Kakitangan kerajaan dapat bonus, bukan kakitangan dapat BRIM.
Yang paling menarik tu adalah 1 1/2 gaji.....kerana saya menikmati ini..
diharapkan tahun-tahun mendatang akan lebih baik lagi.
Yang paling menarik tu adalah 1 1/2 gaji.....kerana saya menikmati ini..
diharapkan tahun-tahun mendatang akan lebih baik lagi.
Wednesday, December 14, 2011
Tragedi Accident
Hari malang pada tarikh 14/12/11 aku menulis ini tidak mungkin dapat aku lupakan. kejadian sekelip mata accident berdekatan area Dengkil Bangi di langgar lari oleh kereta wira aerobik warna biru gelap. plat kereta tidak dapat di kesan kerana perkara berlaku sepantas kilat. pada saat ini ketika tangan aku menaip keyboard laptop aku ini, bunyi dentuman masih terngiang-ngiang di telinga. kepala lutut masih lagi lemah, ketika otak meronta mahu meluah kata-kata ini, saat-saat cemas ini adalah ujian Tuhan.namun, Terima Kasih Tuhan berkat doa ibu tercinta tiada apa-apa yang berlaku. Semua aku serahkan kepada-Mu Tuhan. Amen.
Tuesday, October 25, 2011
IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!
![]() |
| JADIKAN CERITA INI TAULADAN |
Memang sukar untuk orang lain pe...rcaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(
Subscribe to:
Posts (Atom)







