$$

Saturday, May 15, 2010

Karnival Kerjaya PWTC 14-16 Mei 2010

The journey

semalam kami bertiga aku, Jean and Nick a.k.a (orang indon yang baru smpai Malaysia) telah menghadiri karnival kerjaya yang berlangsung di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) di ibu kota Kuala Lumpur (KL)yang di adakan selama tiga hari iaitu 14-16 Mei. Karnival tersebut di adakan khas untuk memberikan peluang pekerjaan kepada para graduan. Sebanyak 500 buah syarikat menawarkan peluang pekerjaan. Jadi kami tidak mahu melepaskan peluang yang ada, apa kata kita turut sama mengeruhkan air. Mari bersama-sama saya menerokai pengalaman kami semalam di sana!!!

kami memulakan perjalanan dari pukul 11 lebih macam itu la, dari UKM, meng-fotostart resume untuk di hantar kepada majikan di sana nanti. Memulakan perjalanan dari UKM seperti biasa, keadaan trafik agak lancar, dalam perjalanan kami telah tersesat, pusing-pusing mencari jalan dan apabila sampai di Petaling Street, fuh keadaan trafik sangat jam, biasalah KL, what do you expect? Kebetulan masa itu polis pun ada membuat rondaan, nasib baik kereta Gnet belum tamat tempoh lagi,hehe. Sudahlah cuaca Malaysia yang amat tropika, dalam kebinggungan mencari jalan kami teruja melalui beberapa kawasan seperti kawasan istana ada kuda, Tugu Negara, Angkasapuri KL, BNM, ASK, dan tempat-tempat di sana yang sekutu dengannya. Macam sakai pula, siapa sangka saya di KL sekarang yang dulunya zaman sekolah adalah angan-angan konon untuk masuk menara gading. Ok, kita teruskan perjalanan seterusnya. Pusing punya pusing kami bertanya la dengan orang yang lalu disitu, ada seorang lelaki, Nampak macam pemuzik…

"abang, tumpang tanya, mana jalan nak pergi PWTC"
abang tu jawab " naik atas, jumpa jalan Tunku, dekat dengan Hotel Seri Pacific ( ha, baru teringat, itu kan tempat connie tinggal, sebab dia ada involve dalam events tersebut)

kami pun pusing dan cari punya cari akhirnya kami ternampak Hotel Pacific. Yes, were almost there! nasib baik kami makan dulu sebelum datang, tidaklah lapar mencari kedai makan. selamat. Setelah sampai, kami mencari tempat parking di bawah dan naik ke atas masuk PWTC, wah, sangat berpeluh ok, make-up pun luntur..hehe


dekat sini ayu

macho tak? (baju merah)


ini adalah kedai saya dan gnet...hehe rakan kongsi Gloria & Jean (Rahsia Hutan)



sempat posing


look, the birds are kissing, so sweet..haha


PWTC

suasana event

ya, betul la ada 500 buah company yang mengadakan pembukaan booth (tapak company mereka) ada lagi jumpa kawan-kawan yang sama memohon antaranya Tulasi, Ivy, Sim, ada la beberapa orang lagi. Anda mesti dapat membayangkan ramai nya graduan mencuba nasib di carnival tersebut. Pertama sekali, kami di beri oleh krew jobstreet stiker sebagai nametag kemasukan ke karnival tersebut. Jika nak cepat, anda kena melakukan pendaftaran ekspress online awal-awal supaya datang terus dapat masuk.

Di kaunter pendaftaran, kami terdengar suara yang sangat familiar berkumandang di corong annocement, ya, betul, itu suara coni ( sebut dengan pekat dgn loghat Iban…hehe). Berbual-bual dengan coni sekejap and agenda seterusnya, kami memulakan dengan tingkat paling atas, tingkat tiga untuk menghadiri “Clinic Resume” untuk meng-cek resume anda sama ada ianya menepati standard resume yang di kehendaki oleh majikan, masa ni, resume saya ok la dia cakap, cuma dia ada tegur email saya, kata dia kalau boleh tukar la alamat email itu kerana it is sound not matured…because in front of my email, I put “manja” and it is sound not professional. So ya, I need to change that email.

Seterusnya, kami memulakan “drop resume” dari satu booth ke booth yang lain yang sesuai dengan degree yang di miliki, ada juga beberapa company yang mengadakan walk in interview, saya terkena Prudential Insurance, tapi saya tidak confident untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Ada beberapa syarikat yang saya berkenan antaranya, Media Prima, Media Monitor, Lecture untuk di pusat-pusat seperti Taylor, Inti collages dan ramai lagi. Apa lagi, just drop by resume la.


Masa balik

Bagi saya ini satu pengalaman dan juga satu pengembaraan, sambil-sambil itu boleh juga berjalan-jalan di KL sebelum balik ka hometown khamis ni. Belum ada keyakinan untuk kerja di sini dan menetap, prefer hometown sendiri. Masa kami balik, adalah peak hour,adess, keadaan trafik yang sangat teruk. Namun akhirnya, kami Berjaya balik ke ukm dan meneruskan di Ane Faris untuk melihat badminton,namun kecewa pasukan Malaysia kalah. What a tiring day, but still at room I can’t sleep because too tired. Perhaps, my experience that I share here can be your guideline to the future graduates. Till then, take care.

2 comments:

  1. good luck nick and gloria and connie tu..yup hometown lg better but i prefer to work here..hehe

    ReplyDelete
  2. atukoi...amai kedai seduai dik atas nya glo? Glo n Gnet (rahsia hutan) haha..

    ReplyDelete