PEMBELAAN UNTUK QU PUTEH
  Baik, sebelum saya dituduh 
pencacai Qu Puteh dan penyokong tegar Dato’ Vida; let’s make few things 
clear. Supaya tiada yang salah fah
am dengan entri ini.
 Saya tidak berminat mahu putihkan kulit sebab saya memang sudah 
semulajadi putih. Maklum saja, anak jati pergunungan Nabalu yang 
bercuaca dingin. Saya juga menyanggah falsafah dasar kecantikan produk 
Vida; yang seolah-olah mahu mengindoktrinasi manusia supaya percaya 
totok-totok bahawa – cantik itu putih; putih itu cantik.
 Physical
 beauty is a natural quality. It comes in many different colours, shapes
 and forms. Jangan termakan propaganda massa. Kita berhak mendefinisikan
 sendiri di mana dan apa cantiknya seorang manusia.
 II
 Saya 
juga setuju bahawa iklan Qu Puteh dalam AJL 2015 memang melampau-lampau.
 Sebelum itu, lebih baik saya mengaku. Kali terakhir saya menonton AJL 
adalah 16 tahun dulu, bila Siti menang buat pertama kali dengan lagu 
Jerat Percintaan. 
 Itulah yang terakhir, sebelum minat muzik saya
 mula tumbuh di ranah yang lain. Bukan saya anti muzik Malaysia. But I 
just don’t feel like wanting to watch AJL. Sebab citarasa personal saya 
tidak lagi ditawarkan dalam genre-genre yang dilambakkan di situ.
 Hebat strategi pemasaran Qu Puteh, kan. Yang tidak tonton AJL pun boleh
 tahu! Sebab sudah terlalu kecoh di media sosial. Sampai kita pun naik 
curious; dan mula menerawang dalam Google dan YouTube. Itulah kelebihan 
teknologi digital pada zaman siber. Segala peristiwa yang telah berlalu,
 akan terawet di hujung jari. Dan boleh diulang semula bila-bila.
 III
 Saya tidak tau salah siapa; TV3 atau Dato’ Vida. Tapi sepatutnya iklan 
tajaan Qu Puteh itu boleh diadun secara organik dalam AJL. TV3 could 
have made it more natural and blending well with the performances. Bukan
 ditempek-tempek semberono begitu, macam anak teruna tua tak laku-laku 
yang terlalu desperado mau menjual diri.
 Dari segi ini, saya 
memang setuju kalau Qu Puteh dan produksi AJL dibelasah secara bergotong
 royong. For many, AJL is one of the most anticipated musical events of 
the year. Sadly, TV3 destroyed ‘the good feeling’ mercilessly with all 
those over-dosed lousy and tasteless commercials. Kemaruk sangat dengan 
duit sponsor, sampai citra infotainment sekeluarga diracun tanpa sikit 
pun simpati. Menerusi belitan propaganda paling beronar i.e. 
‘putih-itu-cantik-abadi’.
 TETAPI. Ya, saya ada tapi juga.
 
Begini. Berpada-padalah juga bila mengutuk Primadona Vida a.k.a Dato’ 
Dr. Hajjah Hasmiza Othman. If you hate her products because of the 
annoying image portrayal; that is your right and choice. But please, 
draw the line. Jangan sampai setiap hal jadi sasaran. Don’t judge Dato’ 
Vida as a person. Hingga rupa fizikal dan mekap dia pun dijadikan bahan 
cemuh yang laris.
 IV
 Nobody is perfect. Ya, tiada siapa yang 
maksum dari cacat-cela. Bila meluat, memang kita mengutuk. Itu tabii 
biasa seorang manusia. Saya pun selalu juga begitu. Tapi kita perlu 
saling ingat mengingatkan untuk buat refleksi. Janganlah buruk yang 
satu, ditokoktambah bertele-tele. Where credit is due, be generous 
enough to give.
 Ramai yang mengutuk sakan itu: kamu tahukah siapa
 sebenarnya Dato’ Vida? Dia seorang usahawan wanita Melayu yang 
berstatus jutawan. Empat katakunci di situ: ‘usahawan’, ‘jutawan’, 
‘wanita’ dan ‘Melayu’ – ini sangat-sangat jarang boleh berpadu dalam 
satu frasa. That alone implies that she is one special and extraordinary
 lady!
 Dia juga wanita yang pernah jadi ibu tunggal 
bertahun-tahun (sebelum berkahwin semula). Begitu gigih membesarkan 
anak-anak tanpa keluh kesah. In August 2013, two of her sons were killed
 in a tragic fire at her very own home. Bayangkan dugaan yang begitu 
berat! But she faced the tragedy with her typical iron-lady heart. 
Tabah, redha dan terus berjuang ke hadapan. Isn’t that inspiring?
 Syarikat dia, Vida Beauty Sdn Bhd beroperasi pada skala mega. Bukan 
saja online, tetapi juga on the real ground. Dia menggaji hampir seratus
 pekerja, merangkumi pelbagai hierarki jawatan. Dari kolar putih 
(pegawai pemasaran, penyelidik di makmal, etc) sampailah ke kolar biru 
(pekerja kilang, pemandu lori, etc). Bayangkan jumlah orang yang berjaya
 membina kerjaya hasil dayausaha seorang wanita bernama Dato’ Vida ini!
 Itu baru pekerja sendiri. Bagaimana pula dengan ratusan (mungkin 
ribuan?) orang lagi pada rangkai hiliran yang secara tidak langsung 
mendapat pekerjaan kerana produk Vida Beauty? Para stokis, pengedar, 
penjual sambilan, pereka iklan, model, etc. Kamu yang mengutuk Dato’ 
Vida siang dan malam: berapa ramai umat manusia lain yang kamu telah 
tolong dengan memberi mereka sumber rezeki? Berapa banyak kitar fiskal 
yang telah kamu suntik ke dalam aliran ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan
 tabungan negara?
 V
 Chef Wan pun bukan main tumpang sepiring.
 Mengutuk Qu Puteh sampai tak ingat dunia. Ok, itu memang hak peribadi 
dia atas nama kebebasan bersuara.
 Tapi isu saya, kalau berahi 
sangat mau kutuk pun, jangan lupa tengok cermin. Kau meluat tengok Dato’
 Vida ‘menjual diri’ dengan berlebih-lebihan di AJL. Tapi kau juga 
menjual perkahwinan anak sendiri untuk ditonton oleh manusia seluruh 
dunia. Sampai momen-momen yang sangat personal pun kau jaja untuk 
tayangan komersial.
 Honestly, I have nothing against his 
decision. In fact, I did watch the wedding on ASTRO and quite enjoyed it
 (Nota: walaupun ada beberapa part yang saya rasa agak 
hei-itu-pun-kau-nak-kongsi-dengan-dunia?). Tapi poin saya, kenapa Chef 
Wan jengkel propah gila-gila bila tengok Dato' Vida dengan Qu Putehnya? 
 At least Dato’ Vida hanya buat promosi arusperdana di TV untuk produk 
awam yang diusahakan di kilang. Bukan macam Dato’ Wan; mengkomersialkan 
dalam siaran media untuk produk peribadi yang dihasilkan oleh kelamin 
sendiri.
 VI
 Ok, enough of the let-bash-qu-puteh extravaganza.
 Each one of us has one life of our own. Let’s live it to the fullest. 
For now, we should leave Dato’ Dr. Hajjah Hasmiza Othman alone – and let
 her doing what she is best at. So that we also can focus on doing our 
own thing.
 Pernah dengar atau tahu pasal ‘mentaliti ketam’? Ini 
tentang sekumpulan ketam di dalam sebuah bekas; saling menarik kaki 
ketam lain yang mahu memanjat keluar. Hingga akhirnya tidak ada seekor 
pun yang berjaya lepas dan bebas.
 Itulah mentaliti bumiputera 
dalam perniagaan; kata seorang kawan yang mengkaji bidang keusahawanan 
komparatif. BUKAN saya yang kata ya! Sebab itu ramai bumiputera tidak 
reti-reti maju dalam meniaga. Kalau ada pun yang maju, majoriti terpaksa
 bergantung pada intervensi gomen. Sebab mau mengharapkan sokongan 
sesama sendiri, haram sampai papa kedana pun tiada siapa mau tolong.
 VII
 Think of this. Kalau Dato’ Vida itu beretnik Cina; kamu rasa masyarakat
 sebangsanya akan mengutuk dia bertalu-talu, siang dan malam, hanya 
kerana iklan produk yang geli-geleman itu? I don’t know. This is purely 
hypothetical.
 But what I know, I have never seen Malaysian 
Chinese form a collective force trying to pull down (with severe 
mocking) one of their millionaires for petty reasons. At least not in 
public, with this kind of magnitude and intensity. Ini hanya berlaku 
dalam kalangan bumiputera. Dulu Kak Ton Comel-Tak kena bertali-tali. 
Lepas itu, Alif Terlajak-Laris diuli-giling. Sekarang ini pula giliran 
Dato' Vida Qu-Puteh ditubi tak henti-henti.
 Tipikal sangat. 
 Bumiputera yang mampu maju dalam industri komersial terlalu sedikit, 
relatif kepada pencapaian bangsa lain. Sebab ranjau di depan tersangat 
gadang. Berapa kerat yang benar-benar berhati kuat dan berkulit tebal; 
serta mampu melawan serangan mentaliti ketam yang sangat brutal dari 
bangsanya sendiri?
 :