![]() |
| Putera George |
$$
Tuesday, April 8, 2014
Prince George, Prince william's son
Monday, April 7, 2014
birthday banner
tidak lama lagi beday si grace menyusul untuk satu tahun bulan 7 ni. fikir nak buat banner macam gini.ala comelnya!
badminton
Semalam bermain badminton punya pasal,hrrmmm pagi ni sakit seluruh badan. perlawanan antara cikgu-cikgu yang lama dah tidak sukan.
Sunday, April 6, 2014
Tajau lambang kekayaan Iban
Tempayan atau tajau dalam kalangan masyarakat Iban lazimnya dijadikan alat menyimpan beras bagi kegunaan harian.
Bagaimanapun suatu ketika dahulu, ia pernah menjadi barang yang terlalu berharga dan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Iban khususnya yang tinggal jauh di hulu sungai.
Ia merupakan barangan warisan dalam masyarakat Iban dan diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain.
Sukar untuk menentukan usia sebenar sesebuah tajau, namun lazimnya setiap keluarga mewariskan sekurang-kurangnya sebuah tajau untuk ahli keluarga mereka.
Tajau pernah mempunyai kedudukan yang begitu eksklusif, malah lebih berharga daripada emas dan beberapa kelengkapan lain seperti tabak, chapak, pinggan dan mangkuk lama, bedil, bebendai dan gong.
Memiliki tajau juga dikaitkan dengan kekayaan dan kemurahan rezeki - semakin banyak tajau terutama berisi beras, maka pemiliknya dianggap kaya-raya dan berharta.
Terdapat tujuh jenis tajau paling tinggi nilai dalam masyarakat Iban iaitu guchi, sergiu, ningka petanda, menaga, rusa, salang-salang dan alas.
Semakin berusia tajau tersebut, maka semakin tinggilah nilainya.
"Dulu, jika orang berani dan berhuma pun mendapat hasil padi yang banyak serta mampu membeli tajau, orang itu digelar Raja Berani," kata Mujan Mambang, 79, ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Panjang Ngindang Entili, Niah, dekat sini baru-baru ini.
Menurut Mujan, dia mempunyai lebih 10 tajau yang diwarisi daripada nenek-moyang, sebahagiannya diberikan kepada ahli keluarga lain kerana pembahagian harta manakala sebahagian lagi masih disimpan di rumah.
"Saya masih ingat semasa kecil, emak saya akan pastikan sekurang-kurangnya lima tajau mesti diisi dengan beras.
"Dulu beberapa buah tajau disusun di satu sudut bilik, kesemuanya berisi beras. Pada masa itu, semakin banyak tajau disusun, semakin kayalah keluarga itu," katanya.
Mujan berkata, dia tidak pasti di mana nenek-moyangnya mendapat tajau tersebut, namun percaya tajau dibeli melalui saudagar yang datang ke kepulauan Borneo pada zaman dahulu.
"Ada juga diperoleh dari Kalimantan, Indonesia dan sebahagiannya hasil upah ayah saya sebagai penyair pada masa itu," katanya.
Menurutnya, orang Iban tidak membuat tajau, sebaliknya dibeli daripada saudagar China dan orang Melayu selain dibeli atau ditukar dengan orang Iban dan suku kaum lain di Borneo sejak beratus-ratus tahun lampau.
Tajau diperbuat daripada tanah liat dan setiap tajau mempunyai keunikan tersendiri dari segi ukiran, bentuk, ketinggian, saiz dan warna.
Selain mengisi beras dan melambangkan kekayaan, tajau sebenarnya mempunyai banyak fungsi termasuk digunakan semasa kematian dan upacara ritual.
Demon Pagan, 100, berkata, orang Iban pada zaman dahulu menyifatkan tajau sebagai kelengkapan hidup dan mati mereka.
"Semasa hidup, tajau digunakan untuk menyimpan beras manakala semasa mati pula, tajau dijadikan barang yang dibawa si mati atau 'baiya' yang akan dikuburkan bersama.
"Dulu kami percaya tajau akan membawa kesenangan kepada roh si mati di dunia lain," katanya.
Malah, katanya, ada juga orang Iban menjadikan tajau yang sederhana besar sebagai keranda untuk menyimpan mayat bayi atau kanak-kanak sebelum dikebumikan.
Namun, tajau untuk keranda bayi atau kanak-kanak berbeza daripada tajau biasa kerana 'mulutnya' lebih besar dan tidak berwarna-warni atau diukir.
"Semasa masih mengamalkan kepercayaan lama, ada menyimpan tajau berisi mayat itu dalam tanah dan ada juga di atas pokok yang tinggi. Namun, tradisi itu tidak meluas dan hanya diamalkan di perkampungan tertentu," katanya.
Bagaimanapun, katanya, tradisi menyimpan mayat dalam tajau dan menjadikan tajau sebagai barang pembawaan si mati tidak dipraktikkan lagi terutamanya generasi baru.
Tambah Demon, tajau juga digunakan untuk membayar hukuman dalam adat Iban, digunakan semasa perayaan tertentu seperti Gawai Tajau dan Gawai Kenyalang dan upah kepada dukun.
"Orang Iban dulu suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat dan mengumpul barangan lama dan berharga.
"Hampir setiap keluarga di rumah panjang mempunyai pinggan mangkuk antik dan gong, namun tajau mengatasi semuanya dan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati masyarakat Iban," katanya.

Thursday, April 3, 2014
red dresses
I am searching for a very cute and nice red dresses to attend my friend wedding coming soon and for my baby grace full moon celebration that will be also coming soon. hrmm.....red is the colour this year. yeah! till then xoxo.
Wednesday, April 2, 2014
Masalah kulit?
Memang benar kulit boleh menjadi cantik dan sihat
sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian.
Namun apa yang kebanyakan dari anda tidak sedari adalah pemakanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang anda semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya.

Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi
sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik.
Di sini, kami senaraikan enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi.
Garam
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.
Makanan laut
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu.
Susu
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.
Makanan berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.
Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.
Minuman beralkohol
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.

Monday, March 31, 2014
April fool's Day
wow, time flies so fast and today already April.goodbye march,you are so cruel with the tragedy, hoping that april will given the good one.
God bless Malaysia my country.
God bless Malaysia my country.
Subscribe to:
Posts (Atom)