$$

Tuesday, June 17, 2014

Mengapa lelaki suka Wanita tanpa makeup


Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memika

Sunday, June 8, 2014

Lactacyd cleaser

tadaa....saya nak promote ini. gunalah lactacyd untuk membersihkan bahagian tertentu dan sangat-sangat di promote untuk kaum wanita.tq

Thursday, May 22, 2014

Darlie Expert White, pilihan yang tepat!

Kalau mahu gigi yang putih menawan, gunalah darlie expert white! pilihan yang tepat dan selamat...
xoxo cekikdaud

Tuesday, May 20, 2014

pilihan terbaik untuk anak pureen,appeton dan minyak tyt

 haa...kalau barang grace saya memang picky, tapi bukan pada harganya, tetapi pada kesesuaian anak saya. dulu saya guna wipe tisu anakku...tetapi tak sesuai so saya tukar kepada pureen.syuk
untuk vitamin pula saya bagi grace syrup appeton ni, mulanya dia tak suka...mesti menangis kalau bagi...padahal maybe dia ingat bagi dia ubat.lama-lama dia dah biasa sekarang...kalau bagi dia vitamin dia akan buka mulut dia seolah-olah dah tahu itu vitamin.haha
minyak pula saya bagi minyak tyt...syukur grace suka..ok..xoxo cekikdaud

Wednesday, May 14, 2014

kebaikan khasiat petai

sedapnya petai!
Tahukah anda bahawa bau busuk daripada petai itu terhasil daripada gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.
Antara kebaikan- kebaikan petai ialah:
1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.
2) Daun petai dapat merawat demam kuning.
3) Mengurangkan risiko penyakit strok.
4) Membantu perokok untuk berhenti merokok kerana vitamin didalamnya dapat membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin.
5) Mengurangkan derita penghidap anemia kerana petai kaya dengan zat besi yang dapat membantu menstimulasikan pembentukan sel darah merah.
6) Petai dapat mengurankan depresi kerana mengandungi Trytophan.
7) Mengurangkan risiko tekanan darah kerana mempunyai nilai potasium yang tinggi tetapi garam yang rendah.

apa tunggu lagi, makanlah petai.petai adalah kegemaran saya!

Tuesday, May 13, 2014

Monday, May 12, 2014

petua merawat cirit-birit bayi

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:

Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya?

Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam.

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz31WSFOd00