$$

Monday, April 21, 2014

shampoo follow me

sejak beberapa minggu yang lepas saya mengalami masalah kegatalan kulit kepala...banyak shampoo saya try tidak juga berjaya...

akhirnya kakak saya suggest untuk try shampoo follow me green tea. saya menyukainya sejak pertama kali saya cuba..baunya harum semerbak olive dan kepala saya tak gatal lagi..rambut pun lembut

so, saya cadangkan jika anda ingin mencuba ...silakan lagipun harga berbaloi, dalam rm15 sebotol...

cubalah, saya yakin anda pasti SUKA!

susu lactogen

susu....adakah pada harga menentukan kebijaksanaan anak-anak? sudah semestinya tidak. kerana pada mulanya si grace saya minum frisolac sebab selalu kembung perut masa umur dia bawah 5 bulan. then saya tukar lagi susu dia kepada anmum...lama juga dia minum anmum ni tapi masalahnya dia selalu sembelit tahi keras. pening puas fikir susu apa yang sesuai, akhirnya saya cadangkan susu Lactogen untuk cuba. syukur selepas mencuba susu ini dia berak dah ok..

harga bukan lah pengukur segalanya.jadilah ibu yang bijak kerana kita inginkan yang terbaik untuk anak kita.xoxo..mumy grace.

Monday, April 14, 2014

bila masa sesuai untuk mendapat anak kedua?




Mengapa isu perancangan keluarga penting?


Mungkin ramai pasangan tidak sedar perancangan keluarga perkara asas dalam hidup berumah tangga. Sekali lagi ditegaskan ia bukan bertujuan mengehadkan jumlah anak atau menolak anugerah dari Allah tetapi apa yang dikehendaki ialah kehadiran setiap anak itu memang sangat dinanti dan diharapkan.

Hanya dengan cara ini barulah anak itu akan mendapat kasih sayang dan perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Bagaimanapun kata Dr Harlina, isu ini tidak terhenti di situ kerana walaupun anak menjadi penyeri hidup dan pengikat kasih sayang ibu dan bapa tetapi kehadirannya juga boleh menyebabkan berlakunya pergolakan rumah tangga.

Kehidupan wanita moden sangat sibuk. Tidak cukup dengan kesibukan di tempat kerja dan rumah, mereka masih mahu menyumbang kepada masyarakat.

Kehamilan yang tidak dirancang memberi tekanan kepada emosi, fizikal dan kewangan.

“Untuk mendapat hidup yang bahagia kita perlukan lima elemen iaitu ketenangan emosi, kesihatan fizikal, keupayaan ekonomi, kelapangan masa (untuk anak-anak, suami dan diri sendiri) serta sokongan sosial (daripada segi penjagaan anak khususnya).

Jika aspek ini terganggu, maka kita akan mudah terhumban dalam konflik rumah tangga yang akhirnya membawa kepada perceraian.

“Kebanyakan perceraian berlaku dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, namun kadar lebih tinggi dicatatkan bagi lima tahun pertama kerana pada masa pasangan mula mendapat anak.

Jika tanpa perancangan, dalam tempoh lima tahun anda boleh memperoleh tiga orang anak.

“Namun jika aspek perancangan keluarga sudah dimasukkan atau dibincangkan dari awal, konflik rumah tangga membabitkan anak boleh ditangani dengan baik dan dapat menyelamatkan rumah tangga.

“Sebab itulah pentingnya kesedaran untuk menyusun atur keluarga supaya bukan anak-anak saja yang dapat manfaat tetapi ibu bapa juga boleh membentuk kehidupan berumah tangga yang bahagia,” katanya.

Malah melalui strategi menyusun atur keluarga, ibu dan bapa akan lebih bertanggungjawab dan prihatin pada anak-anak.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dan mempertikaikan bahawa anak adalah anugerah Allah untuk ‘disusun atur’ tetapi kata Dr Harlina, Allah juga memberi kita akal untuk berfikir membuat perencanaan hidup demi kebaikan semua pihak.

Bahkan tidak keterlaluan juga jika dikatakan perancangan keluarga dapat mengelakkan berlakunya sikap pilih kasih.



Bila pasangan sepatutnya berbincang mengenai perancangan keluarga?


Menurut Dr Harlina, isu ini boleh dibincangkan pada bila-bila masa apabila mereka sudah bersedia untuk berumah tangga.

Antara persoalan perlu dimasukkan dalam perbincangan itu ialah bila mereka mahukan anak, berapa anak yang diingini dan berapa tahun jarak antara dua anak.

Jarak kehamilan yang paling ideal antara 2.5 hingga tiga tahun iaitu anak pertama berusia 2.5 tahun atau tiga tahun ketika kelahiran anak kedua. Pada jarak ini, ibu bapa dapat memberikan perhatian sewajarnya kepada setiap anak.

Islam tidak menghalang penggunaan kaedah perancangan keluarga bagi memastikan setiap kehamilan dan kelahiran adalah dikehendaki, disayangi dan dialu-alukan.

Malah, ia bukan saja membolehkan ibu bapa bersedia mental, fizikal dan kewangan, tetapi perancangan kehamilan penting untuk kesihatan wanita sendiri.

“Jika wanita berkahwin pada usia 23 hingga 25 tahun, dia boleh menetapkan had umur 35 tahun sebagai tahun terakhir mengandung tetapi dinasihatkan supaya tidak mengandung selepas umur 40 tahun kerana ada banyak risiko.

“Dalam tempoh 10 tahun, dia boleh mempunyai tiga atau empat orang anak jumlah yang sudah dikira mencukupi bagi sesebuah keluarga moden. Jadi dia bolehlah ‘bersara’ awal daripada mengandung.

“Bagaimanapun bagi yang berkahwin lewat contohnya pertengahan 30-an, perlu ada sasaran realistik, jumlah anak mungkin terhad kepada dua orang saja,” katanya.


Di negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga dan antara yang popular ialah:
·  Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan.
·  Kaedah halangan seperti kondom. Ia adalah cara pencegahan kehamilan yang baik, murah, mudah dan dapat mengelak jangkitan penyakit seksual.
·  Pemandulan iaitu mengikat peranakan bagi wanita atau lelaki.
·  Pil perancang (wanita).
·  Alat intrauterin (IUD).
·  Sistem intrauterin (IUS).
·  Implan.
·  Suntikan.
·  Tampalan (ditampal di atas kulit badan).
·  Cincin hormon (dimasukkan ke dalam vagina).


Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya.

Kebimbangan timbul akibat salah faham mengenai kaedah perancangan keluarga, malah sesetengahnya percaya kepada pendapat tidak berasas.

Kajian ke atas wanita barat berumur 20 hingga 45 tahun mendapati rata-rata mahukan dua anak saja. Hampir 86 peratus tempoh perkahwinan digunakan untuk mencegah kehamilan (menggunakan pelbagai kaedah perancangan keluarga ketika bersama suami).

Ini bererti wanita di seluruh dunia mahu perlindungan atau pencegahan kehamilan jangka panjang yang selamat dan tidak menjejaskan kesuburan, bagi mengelak kehamilan tidak dikehendaki.


Inilah juga sebabnya semua doktor sakit puan termasuk di PPUKM digalakkan bertanya kepada pesakit tiga soalan penting iaitu:
·  Bila mahu mengandung?
·  Berapa besar saiz keluarga yang dirancang (atau jumlah anak yang diinginkan)?
·  Berapa tahun jarak antara dua kehamilan?


Jadi, jika anda ditanya soalan sebegini, janganlah ada yang terasa hati kerana ia bertujuan baik untuk mendidik kita kepentingan perancangan keluarga.


Perlukah persetujuan suami?

Oleh kerana ia membabitkan saiz keluarga, sebaiknya perkara itu dibincangkan, bukan untuk mendapatkan persetujuan suami tetapi bagi mendapat maklum balas di samping menyalurkan ilmu.

Biasanya kebanyakan suami tidak membantah jika isteri mahu menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi kebaikan bersama.

Namun jika suami anda adalah jenis lelaki yang tidak boleh dibawa berbincang, maka tidak salah jika isteri mengambil keputusan sendiri kerana ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak.



Sunday, April 13, 2014

perangai anak no. 1/3/4/dan 6


5 reason why you should eat eggs


Delicious and definitely nutritious.

Eggs are beautiful. They are a picture perfect example of what nature is able to accomplish. They help make us more beautiful by helping both the inside of our body, like our hearts, as well as the outside of our body, like our hair. 

While eggs have gotten a bad wrap for a long time due to cholesterol fears, evidence in the British Medical Journal showed that moderate egg consumption may not have any effect on heart disease or stroke. 

 
Here are 5 reasons why eggs can fit well into a beautiful diet:
Eggs can help make beautiful babies. They're a must for pregnant women. Why? Because eggs are chockfull of choline, a B vitamin that growing babies need for essential development of the brain. Choline supplementation has also been linked to a lower risk of mental disorders in babies, as well as well as a reduced risk for both Down syndrome dysfunction and dementia. 

Eggs can help curb your evening snacking problem. Eating a high-protein breakfast helps ward off cravings later in the day, according to a 2013 study. The high quality protein in eggs helped create greater satiety in individuals, which lasted all day long. So if you're trying to lose a few pounds and just can't shake your cravings for chips or sweets after 7pm, eggs may be something you'll want to consider earlier in the day. 

Eggs may improve your reflexes. A 2014 study found that tyrosine, an amino acid found in eggs, helped individuals with making quick knee jerk responses more than placebo. Researchers noted that the tyrosine effect may actually help in situations such as driving where an instant decision can mean the difference between an accident and just a normal day on the road. 

Eggs may help to reduce the risk of cancer. Antioxidants in eggs may actually help to reduce the risk of both cancer and heart disease, two of the major killers in the United States, according to a 2011 study. Even though cooking eggs reduces the amount of antioxidants by half, that still leaves eggs with equal the amount of antioxidants found in apples, according to researchers

Eggs may help to lower blood pressure. The protein in eggs could help reduce blood pressure by acting in the body the same way an ACE (angiotensin-converting-enzyme ) inhibitor, a type of hypertension medication, would, according to a 2009 study. With a reduced risk of high blood pressure comes a reduced risk for heart disease as well-an added benefit! 

Keep in mind that you don't have to limit egg consumption to breakfast. Make hard-boiled eggs ahead of time and keep them on hand for snacks-eggs are a great fuel source before a run. Or have them for lunch instead, using egg whites and turmeric-rich yellow mustard to make healthy deviled eggs, or even dinner, mixing together egg whites, spinach, onions and broccoli to create an amazing frittata. 

Just be sure to watch your overall daily animal protein intake. A March 2014 study showed that protein from animals increased mortality in adults under the age of 65. That doesn't mean you should never have animal protein sources like eggs; it just means that your eggs should come along with a well-rounded diet rich in fruits, vegetables, whole grains, legumes and protein sources from plants as well.

Tuesday, April 8, 2014

: Tanda-tanda Endometriosis ::


: Tanda-tanda Endometriosis ::

Endometriosis berlaku apabila selaput dalam rahim ( endometrium ) yang sepatutnya luruh bersama darah haid tidak keluar, tetapi tumbuh di luar rahim. Tisu tersebut akan menjadi semakin menebal & berdarah semasa anda didatangi haid. Anda boleh membaca tentang apa itu Endometriosis, bagaimana ia berlaku & punca di sini. Apakah tanda-tanda Endometriosis?

Senggugut
Jika anda sering senggugut, jangan diabaikan. Senggugut bukan sahaja merupakan salah satu daripada tanda-tanda Endometriosis, malah ia juga boleh menjejaskan kesuburan anda. Jika anda mempunyai masalah senggugut, rawat segera dengan Set Senggugut Shaklee.

Sakit ketika bersama
Pesakit Endometriosis biasanya akan mengalami kesakitan jika bersama dalam beberapa posisi tertentu. Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama, ia mungkin merupakan tanda anda mempunyai Endometriosis.

Prince George, Prince william's son

Putera George
comel kan? umur dia sama dengan si Grace saya. sehari selepas Putera George lahir, lahirlah si puteri saya.Untung lahir jadi anak raja.